Profail

OBJEKTIF
a)      Sebuah institusi perlindungan
b)      Sebuah pusat latihan akhlak
c)       Sebuah tempat bimbingan rohani  dan jasmani
d)      Sebuah pusat rawatan/ alternative Islam
KEMASUKAN
Terdiri daripada 3 peringkat:
a)      Kanak-kanak
b)      Remaja
c)       Belia

A)     Setiap sasaran ditempatkan dalam kumpulan yang sama mengikut asrama masing-masing dengan tujuan membentuk suatu kumpulan yang sesuai.samada kanak-kanak diletakkan di rumah yang diwartakan sesuai sebagai tempat selamat di bawah akta kanak-kanak mengikut kesesuaian yang ditakrifkan di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Penempatan kanak-kanak ini adalah sementara bersedia untuk duduk bersama dengan keluarga angkat sepertimana yang ditentukan oleh pihak JKM atau pihak pengurusan Rumah Teduh.

B)      Untuk remaja, kemasukan adalah lanjutan daripada proses perlindungan kepada anak-anak yang masih di peringkat kanak-kanaksehingga permulaan dewasa. (berumur 13 sehingga 18 tahun). Kemasukan mereka adalah lebih menjurus kepada proses pendidikan untuk bersedia dalam kehidupan selanjutnya.

C)      Belia pula adalah mereka yang sepatutnya telah mempunyai kemahiran dalam kehidupan seperti kemahiran kimpalan, masakan, dandanan dan lain-lain. Oleh itu pada peringkat ini setiap belia akan diberikan galakan dan bantuan sepatutnya selepas mereka bersedia.
KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak yang dimasukkan adalah:
-Anak-anak yatim/ yatim piatu
-Anak-anak yang memerlukan pemeliharaan
-Kanak-kanak terbiar dan ditinggalkan ibubapa
-Anak-anak orang dalam tahanan/banduan
-Anak-anak yang terlibat dalam kes juvana
-Anak-anak yang terlibat dengan ketagihan dadah/ rokok

3 comments:

  1. Assalam macam mana ya prosedur untuk menjadi penghuni ni rumah teduhan ni ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum admin.....Sy sedang mencari bby utk dijadikan ank angkt.....x kisah Bby boy@ girl,sah taraf atau tidak....Sy sedia terima..

    Sy dh kawin 5 tahun...tggl kt kedah.bkerja di rumah sbg tailor,umur 28.
    Suami kja government,umur 30.
    Boleh cll @ wassap no sy 019-4277491

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum admin.....Sy sedang mencari bby utk dijadikan ank angkt.....x kisah Bby boy@ girl,sah taraf atau tidak....Sy sedia terima..

    Sy dh kawin 5 tahun...tggl kt kedah.bkerja di rumah sbg tailor,umur 28.
    Suami kja government,umur 30.
    Boleh cll @ wassap no sy 019-4277491

    ReplyDelete