Skip to main content

Sekapur Sirih Sekacip Pinang

PUSAT PERLINDUNGAN DAN LATIHAN JATIDIRI
Dengan nama Allah, Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah s.w.t
Sebenarnya gejala sosial dan penyakit akhlak sudah terlampau lama berlaku, malah perkara ini tidak akan berhenti sama sekali. Ini kerana wujudnya masalah sosial dan keruntuhan moral sudah menjadi suatu kemestian kepada manusia kerana dengan kejadian manusia ciptaan tuhan ini sentiasa mempunyai musuh yang ada pada dirinya iaitu nafsu yang sentiasa berada di dada. Oleh yang demikian, tuhan telah menurunkan agama dan wakil-wakilnya untuk memberi peringatan kepada seluruh umat manusia. Tujuannya agar manusia itu sendiri sedar akan kesilapan dan kembali kepada kehidupan dan fitrah yang sebenar.
Untuk itu, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis ditubuhkan untuk sama-sama turut serta menunaikan tanggungjawab bersama demi membantu kepada yang memerlukan, malahan menunaikan tuntutan masyarakat untuk mencari jalan demi menyelesaikan gejala yang membimbangkan ini. Pihak pengurusan juga sedang dalam rangka untuk membuka satu lagi cawangan seumpamanya di Sg.Petani, ini kerana permintaan dan kemasukan yang kian bertambah dan rumah kebajikan yang sedia ada tidak dapat menampung kemasukan yang berterusan dari masa ke semasa.Tambahan pula adalah wajar untuk diwujudkan Rumah Teduh ini diseluruh Negeri demi menyelesaikan segera masalah yang melanda remaja dan belia kita kini.
Saya selaku Pengerusi “Rumah Teduh” memohon dan merayu kepada semua pihak agar hasrat dan cita-cita murni semua ahli pertubuhan ini dapat dibantu dan tidak dipandang remeh. Selama lapan (8) tahun kami bergerak, yang pada mulanya di bawah naungan badan NGO, kini kami rasa sudah sampai masanya untuk kami belajar berdikari. Selama ini kami menjalankan segala aktiviti dengan perbelanjaan kewangan sendiri. Maka dengan ini, kami merasakan sudah sampai masanya kami melebarkan lagi sayap untuk terbang lebih jauh . Cuma apa yang perlu hanyalah sedikit sokongan dari semua pihak samada dari pihak Kerajaan, swasta, badan-badan korporat, agensi-agensi pelaksana, individu dan sebagainya.
Kepada mereka yang selama ini membantu, hanya tuhan sahaja yang dapat membalas segala budi dan jasa yang telah diberikan tidak kira sumbangan berupa wang ringgit, usaha, tenaga mahupun masa. Semoga usaha murni ini mencapai sasaran dan objektifnya.
Wasallam..

AZIM ZAIDI ABDUL RAHMAN
PENGERUSI RUMAH TEDUH.

Comments

Popular posts from this blog