Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Sekapur Sirih Sekacip Pinang

PUSAT PERLINDUNGAN DAN LATIHAN JATIDIRI Dengan nama Allah, Maha Besar, dan segala pujian adalah milik Allah s.w.t Sebenarnya gejala sosial dan penyakit akhlak sudah terlampau lama berlaku, malah perkara ini tidak akan berhenti sama sekali. Ini kerana wujudnya masalah sosial dan keruntuhan moral sudah menjadi suatu kemestian kepada manusia kerana dengan kejadian manusia ciptaan tuhan ini sentiasa mempunyai musuh yang ada pada dirinya iaitu nafsu yang sentiasa berada di dada. Oleh yang demikian, tuhan telah menurunkan agama dan wakil-wakilnya untuk memberi peringatan kepada seluruh umat manusia. Tujuannya agar manusia itu sendiri sedar akan kesilapan dan kembali kepada kehidupan dan fitrah yang sebenar. Untuk itu, Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis ditubuhkan untuk sama-sama turut serta menunaikan tanggungjawab bersama demi membantu kepada yang memerlukan, malahan menunaikan tuntutan masyarakat untuk mencari jalan demi menyelesaikan gejala yang membimbangkan ini. Pih